WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Thursday, October 30, 2008

KPT's STRaTeGies OF MuLTiPYLiNG THe NuMBeR OF ReSeaRCHeRs, SCieNTiSTs AND ENGiNeeRs IN MaLaYSia"....

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) menggariskan strategi dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) untuk mencapai masa kritikal kepada nisbah 100 bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang 2020. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dasar PSPTN ialah Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi, iaitu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), negara ini mempunyai 21 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja.

“Kerajaan mengambil beberapa langkah bagi mencapai matlamat itu antaranya melaksanakan program ‘MyBrain 15’ untuk meningkatkan bilangan modal insan berkualiti tinggi terutama dalam bidang sains dan teknologi di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD), dengan sasaran 100,000 penduduk berkelulusan PhD dalam tempoh 15 tahun akan datang. “Kita meneruskan program Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dan Skim Hadiah Latihan Persekutuan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti,” katanya di Dewan Rakyat, semalam. #{P/s: Fuhhhh!!! A great relief that they're gonna retain the previous schemes and hopefully they're gonna endorse some of the pending approval applications with immediate action. Although it was quite frustrated to hear the news that they were postponing the approval and asking yet again UKM's VC to re-evaluate 3 UKM's applicants for the 2009 UK scholarship quota, it seems to me that the opportunity is still on the air despite the fact that they've launched the ingenious programme (MyBrain 15) with the objective of increasing the number of PhD holders up to 100,000 in 15 years time. As far as I'm concerned, the result will come out on the 6th Nov 2009 right after the JKPP meeting and probably it’s going to be some heart-pounded news to be heard of on the next day either you will be given the 'green light' or the 'red light'...}

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) yang meminta kerajaan menyatakan langkah dalam menangani masalah kekurangan saintis dan langkah menarik minat ke arah penyelidikan dan inovasi di universiti tempatan. Mohamed Khaled berkata, selain menambah bilangan RSE, pembudayaan aktiviti penyelidikan perlu disemarakkan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan seperti memantapkan tadbir urus penyelidikan di IPTA melalui pewujudan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

“Mewujudkan Pusat Pengurusan Penyelidikan yang berfungsi dalam melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan, mengenal pasti penyelidik tersohor sebagai penyelidik utama dan mentor. “Menggalak dan membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik tempatan melalui bantuan geran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan KPT. “Mengiktiraf empat IPTA sebagai universiti penyelidikan bagi mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta meningkat dan menambah baik prasarana serta kapasiti bagi penyelidikan lebih berkesan,” katanya. Beliau berkata, hasil pameran di Geneva, baru-baru ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengkomersialkan 11 produk, Universiti Sains Malaysia (USM) sembilan produk manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dua produk - HaRiaN MeTRo