WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Thursday, September 4, 2008

MaLaYSiaKiNi: "KuDoS To USM FoR BeiNG THe 1st MaLaYSia's APEX UNiVeRSiTY"....

P/s: Congrats USM for being the best university in Malaysia. As the MQA report this year shows that USM was the 5 star rating for its successful R&D programs and well management of the undergrads and postgrads students, it seems that USM deserves to get the 'bread and butter' from the government to push up at least one of the Malaysia's university up to the ranking of top 50 in the world. Athough it was quite a disappointed news for the UKM and UM, both of them actually have the strong niche areas to be given some credits and yet the same opportunity to be an APEX university. Something needs to be done and improved so that they will be well accepted in the future. What I would like to say that, politics must be put aside. It isn't wrong to be involved in politics but university main focuses are to be the best in terms of its program syllabus, up-dated research area and facilities and to provide convenient educational system to the students regardless for undergrads and postgrads.

#UPDATE FROM e-WaRGA UKM: Mesej Naib Canselor - Universiti APEX. Kepada semua warga UKM yang dihormati. Sebagaimana yang dimaklumi, UKM telah tidak terpilih untuk menyertai program APEX untuk kali ini. Saya berharap keputusan ini tidak sekali-kali mengurangkan semangat kita, malah akan membakar semangat kita untuk terus berusaha mencapai sasar prestasi yang telah kita tetapkan sebagai sebuah universiti penyelidikan yang unggul. Keputusan tersebut bukan bermakna kita tidak cemerlang bahkan anggaplah sebagai iktibar bagi kita terus menambaik perancangan dan pelaksanaan ke arah kegemilangan. Kita mempunyai kecerdikan. Kita mempunyai kepandaian. Bersama berikhtiar mara ke hadapan. Beriktikad UKM mampu capai kejayaan. - Naib Canselor (ewarga/bul/bil.04092008-20)

Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengenepikan tiga lagi universiti termasuk Universiti Malaya (UM). Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

"Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun," katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di Putrajaya hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Dalam tempoh itu USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020, katanya yang juga yakin USM mampu mencapai universiti bertaraf dunia."Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex," katanya. Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: "Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan, sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia."

Sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek. Kertas cadangan USM bertemakan "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow". Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. - MaLaYSiaKiNi ONLiNe