WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Tuesday, August 12, 2008

UMNO SueD RM218: "BN eXPeNses WeRe TwiCe THaN THe STiPULaTeD AMouNT IN THe ELeCToRaL ACT 1954-LIM"....

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan Umno membayar RM218 juta bagi bahan kempen pilihanraya umum 2004, menunjukkan ia melebihi dua kali ganda had perbelanjaan pilihanraya umum yang dibenarkan.Dalam satu kenyataan hari ini, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, had perbelanjaan yang dibenarkan ialah sebanyak RM94.3 juta, iaitu had maksimum RM200,000 bagi setiap kerusi parlimen dan RM100,000 setiap kerusi negeri.

Menurutnya, mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu. Lim menegaskan demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini mengenai penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn. Bhd. berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004.

Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya.Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai lalu.Umno, kata Lim, bagaimanapun mendakwa bahawa bahan-bahan pilihanraya itu adalah untuk Barisan Nasional (BN) dan tidak ada kena mengenai dengan parti itu.

Dakwa SPR gagal bertindak

Menurutnya lagi, berdasarkan 219 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum 2004, ia bermakna BN yang bertanding di semua kerusi, tidak boleh membelanjakan lebih daripada RM94.3 juta, atau jika tidak, kemenangan BN adalah tidak sah. "Dengan RM218 juta dibelanjakan sama ada oleh BN atau Umno bagi bahan kempen sahaja, ianya merupakan lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan," tegas Lim.

Menurutnya, berbelanja melebihi had yang ditetapkan oleh Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 adalah salah mengikut Seksyen 27 akta tersebut. Lim berkata, mereka yang didapat bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, terbatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak seorang pengundi. Beliau berkata, ia kini mungkin merupakan satu persoalan akademik semata-mata kerana pilihanraya 2004 sudahpun berlalu dan pilihanraya umum 2008 telah diadakan. Bagaimanapun, katanya, kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk bertindak dan mempersoalkan kesahihan kemenangan kerajaan BN bagi pilihanraya umum 2004, bukan sahaja mempersendakan undang-undang pilihanraya yang ada, tetapi juga semangat demokrasi di mana undi tidak boleh dibeli dan dijual. - MaLaYSiaKiNi ONLiNe