WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Wednesday, August 13, 2008

UiTM FoR NoN-BuMi??: "SiSWa UiTM MaHu TeMui KHaLiD SeGeRa' - MaLaYsiaKiNi....

P/s: Mr. Dolah Badawi, wake up from your slumber??? What went wrong Mr. Dolah??? UiTM will be getting 10% non-bumi's students??? Come on, it wasn't a mind-blowing issues here!!! Relax and chill out!!! In fact, it has been happening since 1996 when MARA decided to open up to all 'Maktab Rendah Sains MARA' (MRSM) nationwide to excellent non-bumi students. During that time, the government has ruled out that 10% of the original quota should be given to non-bumi without decreasing the allocated original quota. It means that 10% of the non-bumi's quota will be add up front to the original Malay's student number during the intake. I was a form 4 student at the MRSM Beseri, Perlis and during the registration day, I was stumbled upon a few numbers of non-bumi's students wandering around in the hall searching for something. I wasn't quite sure until we went for the orientation session and the official announced that we're getting 10 non-bumi's students for this year onwards. That was strange!!! Anyway, we have been told that not just our school, but other MRSM as well. None of the reasons were given by the MARA's official. So, what's the big deal of having just 10% non-bumi's students now at the UiTM (they've successfully allocated in the MRSM), when the policy has been implemented before this. It was quite awkward to see a sudden movement by the UiTM's students and staffs to dismiss the proposal by gathering in a huge crowd in front of Selangor's SUK building to protest the so called 'proposal' in which they were consciously know that it has been implemented for the past 10 years. I might guess that Tan Sri Khalid proposal was in line with the moves implemented by MARA recently by opening the MRSM's enrolment to the non-bumi.

#NEWS FOR MALAYSIAKINI.COM: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan beberapa syarat, termasuk ia dibuka kepada pihak media. Semalam, Abdul Khalid berkata, beliau mahu mengadakan pertemuan dengan wakil pelajar UiTM berhubung saranannya supaya pusat pengajian tinggi itu turut dibuka kepada bukan bumiputera. Berikutan itu, para pelajar UiTM telah berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi semalam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.

Yang Dipertua (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mengena syarat tersebut supaya media dapat melaporkan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Katanya, ini bagi mengelak berlaku percanggahan kenyataan yang diberikan kepada pihak media selepas pertemuan itu diadakan. Satu lagi syarat, katanya, ialah pertemuan tersebut mesti dihadiri oleh menteri besar dan exco pendirikan, Dr. Halimah Ali. "Ini kerana menteri besar yang mengutarakan saranan membuka UiTM kepada bukan bumiputera, manakala Dr Halimah sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di Selangor," katanya.

Di samping itu, katanya, memandang pertemuan tersebut terbuka kepada semua pihak, maka ia sesuai diadakan dalam kawasan kampus UiTM bagi mengelak berlaku sebarang provokasi. "Dengan kehadiran orang luar, jika berlaku sebarang provokasi, ia boleh menjejaskan imej pelajar UiTM," tambahnya. Saranan jumpa minggu ini Luqmannulhakim berkata, kalau boleh, pihaknya mahu pertemuan itu diadakan dalam minggu ini kerana semangat pelajar sedang berkobar-kobar untuk bertemu dengan Abdul Khalid. Semalam, menteri besar Selangor itu berkata, beliau serta para exco kerajaan negeri bersedia mengadakan pertemuan itu selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hujung bulan ini.

"Sepatutnya dipercepatkan kerana kita hanya perlukan masa satu jam sahaja untuk mengadakan pertemuan tersebut," kata Luqmannulhakim lagi. Ditanya sekiranya Abdul Khalid tidak dapat menemui mereka minggu ini, beliau berkata: "Tengoklah, selepas pilihanraya kecil itu, jika ada masa kita jumpalah. "Katanya, ia kerana sebagai pelajar, mereka juga perlu mengikut pengajian masing-masing.

Kelmarin Menteri Besar Selangor dilaporkan mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM, dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut. Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing. Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.