WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Tuesday, August 19, 2008

"He (SaiFuL) Has BeeN INTeRRoGaTeD BY JAWI OFFiCeR ToDaY!!! - MaLaYSiaKiNi"....

P/s: Ahh!! At last...They've called him for the interrogation session. From the report it seems that he wasn't really excited with the interrogation session. Perhaps, he has expected that his case could be considered a 'dull case' with less evidences and strong alibi as well. I hope that he has got some 'lesson' cum 'brain wash' during the interrogation session with the JAWI's officer...HeHeHe!!! Poor kiddo!!! For god sake, please don't ever take another oath!!! It was quite annoying and full of discretion to see this young lad taking the oath inside the Allah house without a proper script and 'Walilallahi'. No wonder nowadays, the name of Allah is just a common verbal for muslims of escaping from being penalised for the allegedly wrongdoing purposes. In fact, by simply taking the oath isn't gonna make you really in the right side if you aren't really dimmed to know what are the consequences afterward and who are supposedly should be taking the swearing to be cursed of lying from the truth. I do really hope that Allah S.W.T will not give any merciful punishment and any remorse as well for those who are simply taking for granted of the Islamic law. May Allah S.W.T shows us the truth from being blind folded by the irresponsible persons who're trying to backstab other innocent peoples...

Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, memberi keterangan berhubung dakwaannya itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini. Dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar hitam serta bersongkok, beliau tiba jaml 10 pagi dengan iringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idris.

Mohd Saiful dipercayai dipanggil oleh JAWI bagi memberi keterangan mengenai dakwaan kononnya beliau diliwat pada 26 Jun lalu oleh Anwar yang juga bekas majikannya. Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu. Saiful berada selama tiga jam di JAWI dan beredar dari situ tanpa disedari oleh para wartawan yang menunggunya. Saiful berjaya mengelak kira-kira 12 orang wartawan yang menunggu di sekitar pintu di bangunan Jawi.

Tiga jam di JAWI

Apabila Saiful keluar dari jabatan tersebut pada kira-kira jam 1.10 tengahari, dia tidak mengendahkan para media seperti sebelum ini. Dia ditemani oleh beberapa orang yang tidak dikenali sebelum terus menaiki kereta Proton Waja yang terus beredar dari situ. Menurut saksi, kelihatan empat lelaki berkaca hitam di dalam kereta tersebut. Saiful kini dalam perlindungan polis dan tidak diketahui di mana dia berada. Manakala peguam Saiful - Zamri - juga mengelak dan enggan mengulas mengenai kehadiran Saiful di JAWI. Sebelum beredar, Zamri hanya berkata, Saiful datang untuk menemui beberapa pegawai JAWI. Pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Angkat sumpah

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu. Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan. "Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Saiful mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara. - MaLaYSiaKiNi ONLiNe