WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Wednesday, August 6, 2008

"ANWaR WiLL Be CHaRGeD ON THe SoDoMY CaSe ToMoRRoW".....

Polis menyerahkan satu notis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di mahkamah sesyen esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat. Notis bertulis itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.

Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini. SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos - satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal. Sementara itu timbalan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas pejabat Peguam Negara memutuskan untuk berbuat demikian, lapor Bernama.

Satu notis bertulis dikeluarkan untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok, kata Ismail dalam kenyataan. "Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara. "Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan," Ismail dipetik sebagai berkata. - MalaYSiaKiNi ONLiNe