WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Tuesday, July 15, 2008

"A WHoPPiNG RM61 BiLLiON OF NeT PRoFiT Has BeeN OBTaiNeD BY PeTRoNaS (Acc. STaTeMeNT UNTiL-31 MaC 2008)".....

Kumpulan Petronas menghasilkan satu lagi rekod prestasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2008, dengan mencatatkan peningkatan perolehan 21.2 peratus kepada RM223.1 bilion berbanding dengan RM184.1 bilion dalam 2007, di tengah-tengah cabaran kompleks dan kian meningkat persekitaran industri minyak dan gas global. Dalam laporan tahunan yang dikeluarkan di sini hari ini, kumpulan itu menyatakan keuntungan pracukai meningkat kepada RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion sebelum ini, manakala keuntungan bersih meningkat kepada RM61 bilion atau 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion.

Keseluruhan aset melonjak kepada RM339.3 bilion atau 15.2 peratus daripada RM294.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut Bernama. Dana para pemegang saham bertambah baik kepada RM201 bilion daripada RM170.9 bilion, yang merupakan satu peningkatan 17.6 peratus. Penyumbang terbesar kepada perolehan Petronas ialah dari operasi antarabangsanya yang merupakan 40.3 peratus daripada pendapatan kumpulan itu. Operasi eksport dan domestik masing-masing menyumbang 38.9 peratus dan 20.8 peratus. Operasi antarabangsa mencatatkan perolehan RM90 bilion, yang merupakan satu peningkatan - MaLaYSiaKiNi ONLiNe