WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Wednesday, July 2, 2008

"SaiFuL RaPaT DenGaN TPM & RoSMaH"....

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa meliwat pembantunya, mendakwa pemuda itu mempunyai hubungan rapat dengan timbalan perdana menteri dan isterinya. Penasihat PKR mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertemu Rosmah Mansor, selain rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof. "Saiful Bukhari mempunyai hubungan yang rapat dengan Khairil Anas, Rosmah dan Najib. Beliau bertemu berulang kali dengan Khairil Anas dan Rosmah," katanya. "Beliau bukan pegawai peribadi saya.

Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan Najib." Kelmarin presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas - bagaimanapun Najib semalam menafikan pembabitannya dan pegawainya itu dengan kontroversi terbaru Anwar.

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata beliau akan mendedahkan bukti dakwaannya dalam masa terdekat. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya petang ini, beliau menjelaskan kedudukan Mohd Saiful dalam barisan pegawainya di pejabatnya di Seksyen 16, Petaling Jaya. "Ketua staf di ibu pejabat PKR ialah Ibrahim Yaakob. Tiga pegawai saya iaitu Nik Nazmi (Nik Ahmad), Sim (Tze Tsin) dan Nurul Izzah (Anwar) bertanding dalam pilihanraya umum lalu. "Nik Nazmi ambil seorang staf iaitu Rahimi dan Rahimi pula mengambil Saiful sebagai pekerja sukarela membantunya dan Nurul Izzah. "Beliau tidak ada pendapatan tetap dan bukan pegawai tetap," kata Anwar dengan nada suara yang tegas. Anwar sebelumnya membuat laporan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Penasihat PKR berada setengah jam di ibu pejabat polis kontinjen Selangor, Shah Alam untuk tujuan itu mulai jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair. Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini. Menjawab soalan wartawan, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, mereka memilih dakwaan liwat kerana isu itu cara paling baik untuk cuba merosakkan imejnya sebagai seorang Islam. Dalam sidang media tersebut Anwar juga terus mengulangi dakwaannya bahawa wujud konspirasi kali kedua terhadap dirinya.

"Saya katakan bahawa ada elemen konspirasi di peringkat atas dan kita akan dedahkan dalam masa terdekat ini," katanya. Mengulas pertandingannya dalam satu pilihanraya kecil, Anwar berkata beliau masih dalam perundingan dengan PAS dan DAP. Sementara itu, Anwar berkata, beliau memilih kedutaan Turki kerana mereka boleh memberi keselamatan kepada beliau. Beliau juga berkata, beliau telah menjelaskan perkara ini kepada pemimpin-pemimpin PAS dan DAP termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

"Mereka mahu menyerang semua sekali dalam Pakatan Rakyat," katanya lagi. Anwar berkata, peguamnya telah menghantar tiga surat kepada peguam negara dan ketua polis negara menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan, tetapi sehingga petang ini belum ada maklum balas. Selain Wan Azizah, turut hadir timbalan presiden Dr Syed Husin Ali, naib presiden Mustaffa Kamil Ayub dan ketua angkatan muda Shamsul Iskandar Md Akin. Pemimpin PAS yang berada di sidang media itu termasuklah ketua penerangannya Mahfuz Omar dan ketua Pemuda, Salahuddin Ayub. Sementara itu, Wan Azizah berkata, beliau telah menemui perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen bagi membincangkan keselamatan Anwar kira-kira jam 4 petang tadi. - MaLaYSiaKiNi ONLiNe