WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Wednesday, July 2, 2008

"ISu PeRTeMuaN SuLiT DenGaN SaiFuL, PeNaFiaN NaJiB WuJuDKaN KeSanGSiaN-AMK"....

Angkatan Muda KeADILan (AMK) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful Bukhari Azlan dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat Saiful pada 28 Jun 2008. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya kepada Harakahdaily melihat penafian yang dibuat oleh Najib adalah merupakan satu pembohongan. Tegasnya di sebalik penafian yang sangat dangkal itu langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.

Sementara itu Shamsul Iskandar turut membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan dakwaan komplot konspirasi terancang yang didakwa melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail. Dalam pada itu beliau menyifatkan kenyataan Najib bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.

Tambahnya, kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran juga menimbulkan pertikaian besar. "Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?

"Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 bermula, apakah 'sekadar satu kebetulan' pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?" soalnya. (#My comment: This a** h** guy was engaged with Janna Syariza and I feel doubt on how he can managed monetary wise to support his expenses for his engagement? He's just 23 year-old ordinary guy that was clearly unemployed, staying at the luxurious RM2.2mil condo, got the 'special treatment' from the DPM's officer for the scholarship application, engaged with someone in the middle of his-unemployed situation and worst come to worst not even finish his study at the UNITEN (the temptation of having and becoming a wealth person in the shortest time by screwing someone else life politically are too much to resist and unbearable). No offence that maybe he is in the wealth family and could afford everything right!!!...)

Shamsul Iskandar turut mempersoalkan samada wujud elemen rasuah di sebalik 'ganjaran biasiswa' yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup 'melacurkan 'maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa. Sehubungan itu beliau percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dalam konspirasi ini yang bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu. - HaRaKaHDaiLY ONLiNe