WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Friday, July 4, 2008

ANWaR: "ADa ALiBi KuaT, TiDaK MaHu BuKTi DiPinDa"....

Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berhajat mendedahkan bukti dan alibinya lebih awal kepada umum kerana tidak mahu pihak tertentu yang terlibat dengan 'konspirasi jahat' ini akan meminda bukti. Beliau bimbang peristiwa pada tahun 1998 iaitu pindaan kepada keterangan oleh pihak tertentu berlaku.

Katanya beliau mempunyai alibi dan bukti yang kuat dalam dakwaan bekas pembantunya itu namun sehingga kini pihak berkuasa belum lagi mengambil keterangannya. "Kita telah meminta salinan report pengadu (pemuda) itu tetapi dinafikan pihak polis yang mana ini bertentangan dengan 'prosedure' biasa. Kita nak tahu apa sebenarnya yang dilaporkan," katanya ketika ditemubual oleh Harakah secara ekslusif pagi tadi.

Beliau juga menjawab kegelisahan rakyat tentang kunjungan beliau ke kondo mewah tersebut dan memberi jaminan agar rakyat tidak perlu bimbang kerana mempunyai keterangan yang cukup untuk menyanggah dakwaan mereka berhubung kes tersebut. "Peguam tegur saya bila saya buat pengakuan itu (kunjungan ke kondo) kerana perlu memberi bukti ialah pengadu. It is a criminal charge. Jadi mereka kena kemukakan bukti terlebih dahulu. Dia bukti dulu, kemudian kita jawab".

"Because kalau kita beri (dedahkan) awal, ianya akan membantu mereka. Dan mereka boleh pinda bukti atau laporan terhadap saya sama seperti dulu. Buat apa kita 'declare' , biar dia proof dulu," katanya. Beliau juga bersetuju sekiranya siasatan turut melibatkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di kondo mewah itu supaya pertuduhan terhadapnya boleh dijawab sebaiknya.

"Biar dia 'confirm' ada cctv, saya lagi suka, sebab orang tidak boleh mainkan masa dan tarikhnya itu. " Kepada rakyat jangan bimbang. Insya-Allah kita ada bukti dan ketarangan yaang cukup," katanya kepada Harakah. - HaRaKaHDaiLY ONLiNe