WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Thursday, June 5, 2008

WiSe ExPLaNaTiON BY DaTiN SeRi WaN AziZaH: "RaKYaT RaSa TeRTiPu!!!!!".....

Pengumuman kerajaan mengenai kenaikan masing-masing 40 dan 63 peratus harga petrol dan diesel amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka terasa tertipu. "Dalam pada kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang, tindakan kerajaan ini barang pasti akan melonjakkan lagi harga tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat. "Bukan setakat itu sahaja, kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak, banyak menimbulkan persoalan.

"Datuk Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. "Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion," katanya.

(1) Utama kepentingan syarikat

Pada masa yang sama, katanya, rakyat maklum bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong, berbanding dengan harga minyak mentah USD130 setong. "Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan. "Persoalannya kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?" soalnya.

"Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan, malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. "Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" soalnya.

Wan Azizah berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.

(2) Harga di negara lain

"Membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura,Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan. "Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25 peratus pendapatan mereka ke atas pengangkutan.

"Setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuhraya, kini terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi. "Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk projek landasan berkembar yang yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13-15 billion bagi subsidi petrol. "Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol," katanya. - MaLaYSiaKiNi ONLiNe