WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Friday, June 20, 2008

'SeMiNaR PeRuBaTaN ISLaM'....

السلام عليكم ورحمةاللع وبركا

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Tarikh: 28 Jun 2008 (Sabtu)
Lokasi: Dewan Tingkat 26, Bangunan KWSP Jalan Raja Laut
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat LetaK Kereta: Percuma B1-B2

Yuran: RM50.00
Ahli PKI - RM30.00
Bukan Ahli - RM50.00.
Tarikh Tutup Terima Bayaran 24 Jun 2008
(Bayaran atas nama Nurhazlina Anis Ismail Public Bank 4968779414 RM50.00). Keterangan lanjut Sila Hubungi 019-2070002 Cik Anis.

Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa kesihatan yang baik maka seseorang manusia itu tidak akan mampu untuk membina masa depan yang cemerlang. Oleh kerana manusia terdiri daripada dua unsur kejadian yang utama iaitu rohani dan jasmani maka seseorang itu dikatakan sihat jika memiliki kesihatan dari kedua-dua aspek ini. Tidak ada seorang pun yang boleh menolak kenyataan bahawa manusia perlu kepada kesihatan yang sempurna dari sudut rohani dan jasmani.

Oleh yang demikian manusia berlumba-lumba mencari kaedah serta amalan tertentu untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing. Mereka sanggup untuk berbelanja besar demi memastikan matlamat kesihatan tercapai. Dalam masa yang sama pula pelbagai pusat rawatan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dengan menawarkan kaedah serta konsep rawatan yang berbeza-beza. Namun dalam kepesatan dan kebangkitan pelbagai pusat rawatan, didapati kebanyakannya lebih cenderung kepada rawatan yang berbentuk jasmani semata-mata. Amat jarang kita dapati adanya penawaran rawatan untuk penyakit yang berbentuk rohani

Perubatan Islam yang menawarkan rawatan rohani dan jasmani berteraskan al-Qur'an dan al-Sunnah, berkonsepkan "al-dua' silah al-mukmin" doa adalah senjata bagi orang-orang beriman bahkan firman Allah s.w.t:

Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian - al-Isra':82

Rasulullah s.a.w bersabda:

عالجيها بكتاب الله"
Rawatlah dengan al-Qur'an

Sudah lama dipraktikkan semenjak zaman Rasulullah s.a.w dan kemudiannya diwarisi dari zaman-berzaman oleh Salafussoleh sehinggalah kepada para ulama mutaakhirin. Kemampuan perubatan islam dalam merawat pelbagai penyakit rohani dam jasmani tanpa mengabaikan perubatan konvesional telah mendapat tempat dalam masyarakat islam di Malaysia. Bahkan kadang-kadang penyakit yang sukar diubati sekalipun disembuhkan oleh Allah hanya melalui pembacaan al-Qur'an, mandian al-Qur'an dan air yang telah didoakan.

Perubatan islam sama-sekali tidak menolak kepentingan perubatan moden atau konvensional yang banyak berjasa merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan jasmani. Kewujudan perubatan islam adalah semata-mata untuk menyempurnakan keperluan kesihatan manusia daripada sudut rohani. Jika sekiranya perubatan konvesional dan perubatan islam dapat bergabung dalam memberi khidmat kepada masyarakat maka ianya seolah-olah momentum yang cukup kuat dan sempurna kepada kesihatan masyarakat Malaysia.

Oleh itu, diharap kepada para sahabat sekalian dapat memberi ruang kepada perubatan Islam untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang masing-masing demi kesejahteraan umat sejagat melalui Seminar Perubatan Islam yang akan dianjurkan oleh PKIKWSP dengan kerjasama Ar Rijal Trading .

Objektif:
(1) Memberi pendedahan dan pemahaman yang sebenar tentang perubatan islam.
(2) Menjelaskan kepentingan kesihatan rohani yang berkait rapat dengan jasmani.
(3) Menjelaskan tentang peranan jin dan syaitan dalam menyebarkan pelbagai fitnah termasuk penyakit rohani dan jasmani bagi menghalang manusia mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
(4) Memberi penekanan kepada bentuk khurafat dan bid'ah yang diamalkan oleh pawang, bomoh dan dukun di Malaysia.

Penceramah:
Penceramah untuk program ini ialah pengamal perubatan islam daripada Pusat Rawatan Terapi Al-Qur'an Darul Hikmah iaitu:

*Ustaz Haji Abdul Malek Bin Hj. Ladzim al-Azhari: Pengurus dan perawat Pusat Rawatan Terapi Al-Qur'an Darul Hikmah

PENGALAMAN:
(1) Berceramah agama dan perubatan islam ke seluruh Negara.
(2) Merawat pesakit-pesakit sihir, santau, misteri di Malaysia, Mesir, Brunei.
(3) Seminar Perubatan Islam anjuran Jabatan Mufti Dan Majlis Agama & Istiadat Melayu Pahang Darul Makmur memberi ceramah dan rawatan alternatif.
(4) Seminar Perubatan Islam anjuran Kelab Penerapan Nilai dan Keagamaan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM.
(5) Perawat jemputan di Negara Brunei Darul Salam.
(6) Majalah Ibu, Misteri.
(7) Akhbar Harian Metro.
(8) Cd Ruqyah Syar'iah.
(9) VCD Pukau.


PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah (Hons.) Al-azhar Mesir. Msc (Islamic Finance) UUM, Sintok Kedah. Ijazah Perubatan Islam, Sheikh Wahid Bin Abdul Salam Bali Perawat Islam Mesir