WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Thursday, June 5, 2008

"PM AMBiK RiSiKo PoLiTiK"...

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil risiko politik yang besar apabila mengurangkan subsidi, menyebabkan kenaikan harga bahan api dan tarif elektik, tidak lama selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. Ini ekoran kenaikan harga makanan dan bahan api merupakan antara faktor utama yang mendorong rakyat mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Malah, kekalahan teruk BN, khususnya Umno, telah mencetus desakan supaya perdana menteri meletak jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Abdullah berkata, kerajaan terpaksa memikir apa yang terbaik untuk rakyat (“Bukan terbaik untuk rakyat, tetapi terbaik untuk KRONI-KRONI DAN ANAK BERANAK CUCU CICITNYA a.k.a Patrick Badawi").

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 manakala minyak diesel pula naik 63 peratus kepada RM2.58, berkuatkuasa tengah malam ini, Menurut Abdullah lagi, kos petrol dan komoditi telah meningkatkan secara drastik dan oleh itu, subsidi juga perlu disusun semula. Abdullah juga berharap pengumuman kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik hari ini tidak mendorongkan rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi bantahan. Tindakan kerajaan itu dijangka akan mencetuskan protes daripada orang ramai.

Ahli Parlimen PAS, Mohd Hatta Ramli yang mengetuai protes anti-inflasi awal tahun ini menyifatkan kenaikan harga tersebut amat besar dan akan menjejaskan semua pihak. "Ia akan menyebabkan kenaikan harga pelbagai jenis barangan yang lain," katanya. Oleh itu, katanya, kemungkinan besar akan berlaku protes terhadap pengumuman kenaikan harga tersebut. Abdullah turut membayangkan kenaikan seterusnya, selaras dengan usaha Malaysia untuk memansuhkan kawalan harga bahan yang membabitkan kos RM17.4 juta tahun ini - kira-kira satu pertiga daripada bajet negara. Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dilakukan segera, tetapi perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, pakar ekonomi Yeah Kim Leng dari firma Ratings Agency Malaysia berkata kenaikan harga tidak boleh dielakkan tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan. "Kita menjangka (kenaikan) 20 hingga 30 peratus tetapi naik 40 peratus dan ini bermakna kerajaan cuba menampung kos kerana tidak menaikkan harga pada tahun lalu," katanya kepada AFP. Di bawah penstrukturan semula subsidi, pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc menerima bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan.Manakala pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun Yeah berkata bayaran rebet itu tidak mencukupi untuk menampung penggunaan purata pengguna. "Ia jelas merupakan hanya sebahagian subsidi, jadi kita perlu melihat bagaimana golongan berpendapatan rendah boleh menyerap semua ini," katanya. - MaLaYSiaKiNi ONLiNe