WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Friday, June 6, 2008

"KeRaJaaN, PeTRoNaS TanGGunG SuBSiDi BaHaN APi RM36 BiLioN"...."IT SeeMs THaT THeRe ARe LoTs OF DisCRePaNCY ON YoUR STaTeMeNT"....

BERITA HARIAN: Kerajaan dan Petronas secara terkumpul masih memberi subsidi berjumlah kira-kira RM36 bilion bagi petrol, diesel serta gas tahun ini, di sebalik kenaikan harga bahan bakar berkenaan yang diumumkan, kelmarin. Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, berkata berdasarkan penggunaan 11 bilion liter petrol serta 6.2 bilion liter diesel di negara ini tahun lalu, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi kedua-dua bahan bakar itu tahun ini ialah RM5.16 bilion.

Daripada jumlah itu, RM3.3 bilion adalah subsidi untuk petrol, manakala RM1.86 bilion lagi diesel. Beliau juga menjelaskan, kerajaan masih memberi subsidi 30 sen seliter bagi petrol dan diesel di sebalik keputusan menaikkan harga kedua-dua bahan bakar itu, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter. "Jika dicampurkan dengan bayaran tunai sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kereta di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal di bawah 250cc, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ialah sebanyak RM13.03 bilion," katanya pada taklimat media di sini, semalam.

(#Discrepancy 1: Overall subsidies which have been subsidized by the government and Petronas for this year (presumably until 31st Dec 2008) were RM36b. Now, let's do the math here: RM5.16b (petrol+diesel) + RM3.3b (discounted price which claims to be subsidized for petrol based on the average usage last year: RM0.3*11b Litre = RM3.3b) + RM1.86b (discounted price which claims to be subsidized for diesel based on the average usage last year: RM0.3*6.2b Litre = RM1.86b) + RM1.18b (subsidized money that will be given by cash payment: 10.7m car users below 2000cc) + RM6.69b (subsidized money that will be given by cash payment: 7.9m motorcycle users below 250cc) + RM23.4b (subsidy of gas) = TOTAL = RM41.59 billion). From the press statement, this year (2008); the petroleum based products subsidy are RM36billion. From the calculation above, the exact figure is RM 41.59billion. There is an extra of RM5.59billion which we definitely unaware where does this huge money comes from and what are they going to do about it? Is it some kind of miscalculation from the Petronas or perhaps some typo error mistakenly done by the reporters? I'm pretty damn sure they aren't going to check it thoroughly because this mislead could means one thing. Just to cater the minds of 'orang-orang kampung dan OTAI-OTAI BN yang tak paham apa-apa pasal statistik dan matematik'. In facts, they will gonna say government has lost and subsidized a lot in these recent few years and we're really sympathy with their burdened to manage our precious wealth. Look and make a comparison to the neighbouring country, they have the fuel rates much higher than us. Why shouldn't us bother about it right....These types of mentality will eventually makes us suffer even worse for the next generation to comes. We must think of something from now not for the sake of our own wealth but for the next generation as we all already knew that our natural resources will gonna vanish within 30 years from now. For the 'blood-thirsty sucker leader', they've already extracted billions of ringgit for their next generation and they've foreseen the future to come that their heir will be survived in a great wealth. The only things that left for us are just the country which I don't really see our beloved country could be harmonious as it was before just because of inefficient management of our natural resources....

Setakat akhir tahun lalu, jumlah kereta di bawah 2,000 cc yang berdaftar di negara ini berjumlah 10.7 juta, manakala motosikal di bawah 250 cc pula 7.9 juta. Berdasarkan angka itu, jumlah pembayaran tunai kepada pemilik kereta di bawah 2,000cc ialah RM6.69 bilion, manakala pemilik motosikal di bawah 250cc pula sebanyak RM1.18 bilion (#Discrepancy 2: The calculations were done correctly but not quite precise. Perhaps, they were deliberately overlooked at the decimal point. They shouldn't simply ignore the decimal point. The results should be presented as RM1,185 million and RM6,688 million for the motorcyclists and motorists respectively. Where does the shortage of RM5 million for the motorcyclists and another extra RM1 million for the motorists will go? Petronas? UMNO? Not quite sure!!! You can surely think about it, right?? Small decimal still could be considered a lot right??).

Mohd Hassan berkata, Petronas juga masih memberi subsidi yang besar bagi gas yang dibekalkan kepada sektor elektrik dan industri, walaupun harganya dinaikkan antara 124 peratus dan 161 peratus. Berdasarkan penggunaan tahun lalu, subsidi gas yang diberi Petronas kepada sektor elektrik dan industri tahun ini berjumlah RM23.4 bilion.

Beliau menjelaskan, harga baru RM14.31 mmBtu yang dibekalkan kepada sektor elektrik dan RM24.54 mmBtu kepada sektor industri adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu masing-masing RM44.42 mmBtu dan RM60.65 mmBtu. Katanya, hanya kira-kira 30 peratus daripada gas yang dibekalkan itu adalah yang dikeluarkan sendiri oleh Petronas. Pada taklimat itu, beliau turut menjelaskan antara 60 hingga 65 peratus daripada keuntungan yang diraih Petronas setiap tahun dikembalikan semula kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan duti eksport, sementara bakinya digunakan untuk pelaburan semula.

Mohd Hassan berkata, tahun lalu syarikat minyak kebangsaan itu meraih keuntungan sebanyak RM86.8 bilion. Daripada jumlah itu, RM52.3 bilion dikembalikan kepada kerajaan, RM7.8 bilion bagi bayaran kepentingan minoriti dan cukai asing, manakala baki RM26.7 bilion dilaburkan semula. Beliau Hassan menegaskan, Petronas perlu membuat pelaburan semula bagi mengembangkan perniagaannya untuk memastikan ia boleh terus menyumbang kepada pendapatan kerajaan, walaupun selepas negara sudah kehabisan rizab minyak dan gasnya.

"Jika berdasarkan sumbangan Petronas kepada kerajaan tahun lalu sebanyak RM52.3 bilion, ia mewakili kira-kira 35.4 peratus daripada jumlah pendapatan Kerajaan Persekutuan tahun lalu. "Bayangkan apa yang akan berlaku jika Petronas selama ini tidak melaburkan semula keuntungannya, tetapi menggunakan semuanya untuk subsidi," katanya. Beliau berkata, sejak penubuhannya pada 1974, Petronas meraih keuntungan terkumpul RM570 bilion dan daripada jumlah itu RM335 bilion dikembalikan semula kepada kerajaan, manakala RM178.9 bilion dilaburkan semula. Mohd Hassan berkata, Malaysia mungkin menjadi pengimport bersih minyak mentah menjelang 2011 jika kadar pertumbuhan penggunaan bahan api di negara ini yang kini sekitar enam peratus setahun berterusan.

Justeru, katanya, Malaysia perlu berjimat dan menggunakan bahan bakar dengan lebih cekap. Mengenai tanggapan bahawa syarikat minyak termasuk Petronas kini meraih keuntungan besar berikutan harga minyak mentah dunia yang tinggi, Mohd Hassan berkata sebenarnya margin keuntungan dalam industri itu kini semakin kecil berikutan peningkatan tinggi kos pengeluaran dan cari gali. "Walaupun harga minyak mentah meningkat kira-kira 100 peratus sejak tiga tahun lalu, kos dalam industri meningkat lebih tinggi sebanyak 200 peratus," katanya.