WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Thursday, April 24, 2008

PTPTN: ReDuCiNG THe 3% INTeReST RaTe?...

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diarah mengkaji semula kadar caj perkhidmatan tiga peratus yang kini dikenakan kepada semua peminjamnya bagi mengurangkan beban mereka membayar balik pinjaman itu. Arahan itu dibuat selepas isu caj perkhidmatan PTPTN dibangkitkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam mesyuarat kementerian baru-baru ini berikutan banyak rungutan yang diterima mengenainya. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata Mohamed Khalid sudah mengarahkan supaya PTPTN membuat kajian mengenai caj perkhidmatan itu dengan tujuan memberi keselesaan kepada peminjam. “Arahan itu dibuat selepas beliau meneliti pelbagai rungutan berkaitan isu berkenaan yang disampaikan banyak pihak termasuk pelajar dan ibu bapa,” katanya selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) Bersama Industri, di sini, semalam. Program sehari ini dihadiri kira-kira 150 peserta dari empat universiti teknikal, iaitu Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Bagaimanapun, Idris enggan mengulas jika arahan itu termasuk meminta PTPTN supaya mengurangkan caj perkhidmatan itu yang dianggap membebankan peminjam, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hasil kajian berkenaan. Beliau menegaskan, caj perkhidmatan tiga peratus yang kini dikenakan PTPTN bukan bertujuan membebankan peminjam khususnya pelajar yang baru menamatkan pengajian, sebaliknya diwujudkan bagi membiayai pengurusan PTPTN supaya ia dapat beroperasi dengan lancar. Katanya, peminjam harus sedar wang yang digunakan untuk membiayai mereka sepanjang tempoh pengajian diperoleh daripada sumber kewangan lain yang turut mengenakan pelbagai caj kepada kerajaan pada kadar yang jauh lebih tinggi. “Namun, kerajaan bersikap prihatin kerana sanggup menyerap hampir semua kos yang tinggi itu dan hanya mengenakan tiga peratus caj perkhidmatan bagi memastikan semua peminjam PTPTN tidak perlu menanggung beban.

“Caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN itu sebenarnya lebih menjurus kepada komitmen bagimemastikan dana daripada tabung berkenaan dapat terus disalurkan, sekali gus memastikan ia berjalan lancar,” katanya. Idris yang juga Exco Pemuda Umno turut menegur segelintir peminjam PTPTN yang masih berdegil dan enggan membuat pembayaran balik walaupun selepas beberapa kali diberi notis peringatan, selepas menamatkan pengajian dan bekerja. “Mereka perlu sedar, bayaran balik mesti dibuat untuk menjamin kesinambungan PTPTN. Kalau enggan bayar balik, ia boleh diibaratkan seperti menganiaya adik atau anak sendiri yang nanti mungkin tidak mendapat pinjaman kerana tabung itu kehabisan dana,” katanya. Pada 19 April lalu, akhbar ini melaporkan kira-kira 17,500 peminjam PTPTN akan diheret ke mahkamah secara berperingkat dalam tempoh terdekat kerana gagal memberi maklum balas kepada agensi itu berhubung notis tuntutan diserahkan kepada mereka sejak 1997.

Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, dilaporkan berkata nama 14,000 daripada mereka sudah diserahkan ke Jabatan Imigresen dan berkuat kuasa serta-merta mereka dihalang ke luar negara, manakala nasib 3,500 individu masih belum diputuskan di mahkamah. Januari lalu, PTPTN juga sudah menghantar senarai nama 200,000 peminjamnya yang ingkar membayar balik pinjaman kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang mereka ke luar negara, termasuk untuk mengerjakan haji atau umrah. PTPTN berkata, tindakan tegas menyenaraihitamkan nama serta mengambil tindakan mahkamah terhadap peminjam itu terpaksa diambil selepas mereka berdegil dan bersikap acuh tak acuh dalam soal pembayaran balik pinjaman. - BeRiTa HaRiaN

P/s: I really hope that they've the sincerity of reducing this administration charge which has burdened a lot of borrowers especially for the Malays student for the last 10 years. I'd like to thanks to MARA for giving me the opportunity of loaning me some amounts of money in which then became a reversible loan scheme which is a 100% loan to just pay for about 1% of the total loan amount...