WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Monday, April 7, 2008

"KeMPeN AnTi-PM Ke SeLuRuH NeGaRa?"...

Kempen sekumpulan pemimpin akar umbi Umno untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur akan dipertingkatkan ke tahap lebih besar ke seluruh negara. Selain majlis penerangan di negeri-negeri, kumpulan itu tidak menolak kemungkinan berkumpul beramai-ramai di Putrajaya untuk mencapai matlamatnya, kata ketua cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman kepada Malaysiakini hari ini.

Tokoh veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dijangka bersedia membuka gelanggang kempen di peringkat negeri. Sementara rakaman ucapan mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di sebuah hotel di Ampang, Selangor semalam akan diedarkan secara meluas. Di program 'Fikir-fikirkan Bersama Tun Dr. Mahathir', Umi Hafilda Ali, seorang pengikut setia Dr. Mahathir, mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli Umno dianjurkan di pusat pentadbiran itu bagi mendesak reformasi dalam parti itu susulan kemerosotan pengaruhnya dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Dr. Mahathir sendiri tidak menolak cadangan itu jika mendapat keizinan polis dan kebersihan Putrajaya terjamin. "Kita nak minta diadakan rapat umum supaya kita boleh bercakap sikit," tambahnya semalam. "(Abdullah mendakwa) semua orang menyokong dia, kenapa dia takut?" Syed Saifuddin berkata, beberapa cadangan dikemukakan kepadanya semalam selepas pertemuan itu dan mereka masih di peringkat perancangan awal. "Semakin banyak kumpulan menyokong rayuan agar Pak Lah menimbangkan untuk melepaskan jawatan. "Kami merayu, kami tidak memaksa, Pak Lah meletakkan jawatan demi masa depan Umno," katanya dalam satu wawancara.

Beliau yang terlibat menganjurkan majlis di Hotel De Palma pagi semalam, berkata beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan, Kedah dan Selangor bersedia menganjurkan majlis penerangan seumpamanya. Bagaimanapun, jelas Syed Saifuddin lagi, Dr. Mahathir belum menyatakan kesediaannya untuk turut serta, setakat ini. Sanusi, yang menyampaikan ucapan mengkritik Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin di program semalam, dijangka berucap di Kedah. Beliau dan Datuk Fuad Hassan, bekas exco negeri Selangor, yang hadir di majlis Dr. Mahathir semalam sudah didekati tetapi butiran lengkap program-program itu masih belum muktamad - MaLaYSiaKiNi ONLiNe

P/s: UMNO is becoming worsen and worsen each day. PakLah is still confident that he has the majority of the UMNO's members to back him up. What he does not know is there are many of the UMNO's members out there (especially from the grassroots) are willingly to let him go 'peacefully'. If everything doesn't go well as they've asked PakLah to step down 'peacefully', I'd probably guess that they (it's time for the UMNO's MPs to take further action) will do something that it shouldn't be the way in history of toppling the Malaysia PM in such of horribly action. What they are presumably going to do is by making the unprecedented voting or vote of no confident against PakLah during the 1st MPs assembly in the end of this month. I’m not really sure whether this information is credible or not. We shall wait what is the end of this unprecedented dispute drama goes by in time. Only time will tell us...