WeLcOmE: Http://saiful-anis.blogspot.com Headline Animator

Transformers Revenge of The Fallen

Friday, April 18, 2008

'CUePaCs CaDanG KuRSuS GanTi PePeRiKSaaN PTK'...

PUTRAJAYA: Cuepacs hari ini mencadangkan kaedah peperiksaan bagi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan awam digantikan dengan kursus. Presidennya, Omar Osman, berkata kursus selama dua atau tiga hari boleh memastikan sistem penilaian lebih telus dan berkesan. Beliau berkata Cuepacs juga mencadangkan kakitangan awam diberi kelonggaran untuk membawa buku rujukan dan buku peraturan bagi memudahkan mereka membuat rujukan ketika dinilai semasa berkursus tanpa perlu menghafal.

"Cadangan itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini", katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata, JPA pada dasarnya bersetuju dengan cadangan itu tetapi perlu menerima maklum balas daripada semua agensi kerajaan sebelum ia dapat dilaksanakan. Semalam, dalam pertemuan antara Cuepacs dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri di sini, antara lain, kerajaan pada dasarnya bersetuju kaedah peperiksaan PTK diubah - Bernama

P/s: At last, they agreed to demolish the PTK. I really hope that it is not another irrelevant scheme that could make civil servant life becoming more miserable as compared to the previous scheme. Wise decision at the appropriate time...